Valentino Rossi tepis kritikan ramai terhadap Gianluigi Buffon

Posted on
Share please

Penjaga gol Buffon pula dikritik selepas melakukan pusingan U daripada persaraan antarabangsanya selepas pemain Itali itu gagal dalam kelayakan ke Piala Dunia dan kini sudah mencecah umur 40 tahun.

“Saya masih rasakan saya berada di atas dan ini menyuntik semangat saya. Saya menasihatkan Buffon untuk mengikuti contoh saya. Orang ramai suka mengatakan masa kami sudah tamat,” kata Rossi dalam Gazzetta dello Sport.

“Buffon sudah tentu perlu teruskan, jika dia mahu. Saya rasa dia tahu jika dia masih boleh berada di atas.

“Ia adalah mudah untuk mengatakan seseorang sudah tamat, daripada memberi pengiktirafan terhadapnya dan sama ada mereka masih mempunyai kekuatan itu.

“Ada dua jenis manusia, mereka yang menghargainya dan menikmati kehebatan seseorang, dan mereka yang cemburu serta membuatkan orang lain merendah diri.

“Di Itali, ia adalah perkara yang bergaya untuk melakukannya.”

Rossi menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam musim pertama Grand Prix di Qatar bulan ini apabila dia meletakkan sasaran di tempat kesepuluh dunia dan kelapan dalam kategori MotoGP. Gelaran dunia kali terakhirnya adalah pada tahun 2009

 

sumber : Bharian.com

Share please

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *