4 kilang di Batu Maung terbakar
4 kilang di Batu Maung terbakar

4 kilang di Batu Maung terbakar

Posted on
Share please
4 kilang di Batu Maung terbakar
4 kilang di Batu Maung terbakar

lebih empat kilang musnah dalam kebakaran berhampiran Kompleks Kargo Udara Kedua Batu Maung, Bayan Lepas, malam tadi.

Kebakaran bermula 10.30 malam dan sehingga kini pasukan bomba dan penyelamat masih menjalankan operasi pemadaman.

Difahamkan, setakat ini kilang yang diketahui musnah adalah kilang kotak dan plastik dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan operasi memadam kebakaran terbabit.

Sementara itu, kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mengesahkan operasi mereka tidak terjejas akibat kebakaran itu dan ia tidak membabitkan kompleks kargo berhampiran seperti yang tular di media sosial.

“Operasi berjalan seperti biasa walaupun kebakaran berlaku di Batu Maung berhampiran lapangan terbang,” katanya.

harian metro .com

supplier daging sapi

Share please

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Notify of
avatar