Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba
Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba

10 Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba

Posted on
Share please

Otak-otak

Selain di Terengganu, Johor juga terkenal dengan otak-otaknya. Kalau ke JB wajib mencuba makanan ini dan nak carinya pun tak susah sebab memang banyak kedai yang menjual makanan kegemaran orang Johor ini.

Otak-otak
Otak-otak

Dari segi luarnya, otak-otak di Johor lebih kepada aduanan isi ikan dan disaluti dengan rempahnya dan kalau di Terenggau, otak-otak adalah isi ikan yang hanya dipotong bersegi kemudian dibakar bersama isi kelapa berempah didalam daun kelapa.

Ada dua jenis otak-otak yang popular di Johor iaitu otak-otak kempas dan juga otak-otak gelang patah. Apa-apa pun, kedua-dua jenis otak-otak bersandarkan kepada isi ikan dan hanya cara dan resepi sahaja yang berbeza.

 

Roti Jala

Rasanya semua orang kenal dengan roti jala kerana boleh dikatakan majoriti negeri di Malaysia terkenal dengan makanan ini.

Roti Jala
Roti Jala

Di Johor pula ianya juga dikenali dengan nama roti kirai. Roti jala dihidangkan dengan kuah kari dan memang sangat menarik untuk dimakan sebagai makanan santai di petang hari.

Kalau di pantai timur, roti jala kebiasaanya dimakan bersama dengan sos yang rasanya sangat manis dan berlemak. Cara penyediaan roti jalanya tiada beza dengan tempat lain cuma cara penyediaan kuah kari dan lauk sampingannya.

 

Nasi Ambeng

Nasi ambang pula kalau senang ceritanya merupakan nasi putih yang dimakan dalam talam bersama dengan iringan lauk pauk yang pelbagai.

Nasi Ambeng
Nasi Ambeng

Selain boleh didapati di kedai makan di Johor, nasi ambeng sering kali juga dihidangkan setiap kali majlis bacaan Yasin atau tahlil.

Kalau di kedai makan, kebiasaanya ianya dibungkus di dalam daun pisang atau dimakan dalam pinggan seperti biasa. Lauk pauknya pula pelbagai dan yang mesti ada dalam nasi ambang semstinya ikan kering, serunding kelapa, ulaman dan sambalnya.

 

Semoga perkongsian 10 makanan tradisional Johor ini membuatkan anda terasa lapar dan teruja untuk mencuba apabila berada di Johor kelak. Mesti cuba ya. Wassalam.

supplier daging sapi

Share please

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Notify of
avatar