Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba
Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba

10 Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba

Posted on
Share please

Telur Pindang

Telur rebus yang direbus dengan campuran herba yang menjadikan telur itu menjadi hitam.

telur pindang johor
telur pindang johor

Ketika direbus, bau aroma herbanya memang kuat menusuk hidung dan telur pindang ini menjadi salah satu makanan wajib terutamanya ketika ada majlis-majlis seperti perkahwinan di Johor.

Bukan setakat orang Johor sahaja yang sukakan telur pindang, orang Cina juga gemar telur pindang kerana ianya berkhasiat tinggi dan bagus untuk kesihatan hasil campuran herba-herbanya. Lihat cara buatnya di sini.

 

Nasi Beriyani Gam

Menu makanan yang sangat terkenal di Johor terutamanya di daerah Batu Pahat. Nasi beriyani gam bukan sahaja menempah nama di Johor, malah turut terkenal di bandar utama lain di Kuala Lumpur dan Selangor.

Nasi Beriyani Gam
Nasi Beriyani Gam

Memang berlainan rasa nasi beriyani gam dengan nasi beriyani biasa dan rasa rempah ratusnya lebih tajam. Cara nak memasaknya terutamanya lauknya memang leceh kalau mengikut cara yang sebenar.

 

Kacang Pool

Satu hidangan makanan kalau dilihat ala-ala orang Perancis. Semangkuk kuah yang pekat seakan paste kari dan gandingkan pula dengan roti.

Kacang Pool
Kacang Pool

Makanan ini sangat popular di Johor sebagai makanan santai. Walaupun ianya bernama Kacang, namun jangan anggap kuahnya seperti kuah kacang satay.

Rasanya sangat berempah dan kadang-kadang lidah berkata ada rempah kurma dan kadang lidah juga terasa seperti paste beriyani. Memang sangat unik rasa dia dan pasti akan menjadi kesukaan anda apabila merasaya buat pertama kali.

supplier daging sapi

Share please

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Notify of
avatar