Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba
Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba

10 Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba

Posted on
Share please

Mee Bandung Johor

Menu makanan yang sangat terkenal di Johor terutamanya di Muar. Kalau ke Johor memang tak sah orang akan cadangkan kita untuk cuba Mee Bandung ‘Muor’.

Mee Bandung Johor
Mee Bandung Johor

Betapa popularnya mee bandung Muar ini sehinggakan kini kita boleh melihat sendiri pelbagai paste Mee Bandung Muar yang dijual di pasaran bagi memudahkan orang untuk mencuba resepi masakan orang Johor yang sedap ini.

Rasa mee bandung Johor memang sangat kaya dengan intipati bahan-bahan seafood yang membangkitkan lagi rasanya. Lain daripada mee bandung biasa, kalau anda rasa betul-betul, rasa dan aroma udang di dalam kuahnya sangat kuat. Dan kuahnya sudah tentu sangat pekat dan likat.

 

Mee Rebus Johor

Satu lagi hidangan santai yang semestinya dicuba kalau bercuti ke Johor. Sekali tengok mee rebus ini tidak ubah seperti mee bandung terutamanya pada warna kuahnya.

Mee Rebus Johor
Mee Rebus Johor

Namun kalau anda perhati dua kali dari dekat, memang ada kelainannya dan rasa sudah tentulah berbeza. Tidak seperti kebanyakan mee rebus atau mee sup di negeri lain contohnya Kedah, mee rebus Johor ini dihidangkan dengan kuah yang bukan bersup.

Kuahnya likat dan pekat ditambah pula dengan telur rebus, tauhu dan limau kasturi serta taburan tepung goreng berperisa udang pasti tidak cukup kalau dimakan ketika sedang kebulur.

 

Lontong

Salah satu makanan di Johor yang dipengaruhi dengan resepi makanan Indonesia dan Jawa. Lontong sememangnya menu makanan wajib terutamanya ketika rumah terbuka di hari raya puasa. Pengaruh Lontong ini bukan sahaja di Johor, malah turut menjadi menu kegemaran di negeri-negeri lain.

lontong johor
lontong johor

Lontong di Johor ada beberapa jenis iaitu yang berkuah ataupun yang kering. Kebiasaannya orang ramai lebih menyukai lontong yang berkuah kuningnya dan memang sedap kalau ditambah dengan lauk sampingan seperti rendang daging ataupun sambal nasi lemak. Baru ada power.

supplier daging sapi

Share please

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Notify of
avatar