Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba
Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba

10 Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba

Posted on
Share please
Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba
Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba

Negeri Johor terkenal dengan negeri yang mempunyai banyak tempat menarik dan juga makanan-makanan yang sedap. Jom kita kenali beberapa jenis makanan tradisional Johor yang mesti cuba kalau ke sini.

Sesetengah menu mungkin biasa kita makan di mana-mana negeri lain dan ada juga yang agak pelik dan menarik untuk dicuba di Johor.

 

Laksa Johor

Johor tidak ketinggalan untuk mempunyai resepi laksanya yang tersendiri. Sekali pandang laksa Johor, ianya seperti dengan kebanyakan laksa di negeri lain namun ada kelainan yang membuatkannya laksa Johor lain daripada yang lain.

Makanan Tradisional Johor yang MESTI Cuba
Laksa Johor

Tidak seperti laksa lain, mee yang digunakan kebiasaanya bukan dari bahan mee laksa yang diperbuat daripada tepung beras, tetapi mee yang digunakan ialah dari jenis spaghetti.

Tentang kuahnya, ianya lebih pekat daripada biasa menggunakan isi ikan tenggiri, ikan parang atau kembung dan dimasak pula dengan santan yang pekat bersama kerisik kelapa.

Dan sudah tentulah, hidangan laksa Johor juga akan dihidangkan bersama ulam-ulaman dan juga sambal belacan untuk menambahkan lagi ‘kick’. Kalau tak pedas, bukan orang Johor namanya.

supplier daging sapi

Share please

Leave a Reply

Be the First to Comment!

Notify of
avatar